Search This Blog

22 March 2011

Gambar-Gambar Kelas(1981~1991) Zaman Persekolahan I

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...Bertemu lagi kita di alam maya :-) .... Kali ni cheq nak abadikan kenangan2 cheq ketika zaman persekolahan...dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah...Walau bagaimanapun..dah sah2 takkan cukup dengan sekali 'post'...sekolah punya cerita kaluuuu banyak kali kena 'post' sebaaaab kenangan2 manis dan mungkin pahit banyaaak...hehehe...untuk Part I ni lin nak berkongsi gambaq2 kelas dulu ek...

Darjah 1 Jasa - Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera (SKAT), Johor Bahru, Johor (1981). 
Standing 2nd row, 4th from left...

Tak banyak yang lin boleh 'recall' kenangan masa Darjah 1 ni sebab terlampau singkat waktu berada di sekolah SKAT ni..hanya setahun tetapi 'miraculously' kerana Facebook, lin dapat 'jumpa' 3 dari 37 'classmates' lin !!!....Layla Keff, Waney & Vinod Kumar....Thanks to Vinod kalau tak memori lin ketika Darjah 1 memang 'zeroooo'...
1. Antara memori yg Vinod peringat kat lin...- first week masuk kelas, Vinod duduk sebelah lin..entah pasaipa Vinod kata lin terlebih rajin...semua buku2 tulis Vinod lin tolong tuliskan "nama & kelas"..and I was his good buddy then..wahhhh baiknya cheeeeq..hahaha.that is something nice to remember... :-)

2. Satu lagi ketika cikgu English suruh budak lelaki pilih sorang partner menyanyi duet lagu London Bridge...and my partner was Anuar... hahaha...nangis2 tak mo partner2...takut kena ejek..in the end...memang kena ejek punnn...Anuar was sitting 3rd from left..hehehe..

Darjah 2 Merah - Sekolah Kebangsaan Ulu Kelang, Selangor (SKUK) (1982)
Sitting next to Cikgu Sham - 5th from left (Al-Fatihah buat Cikgu Sham)
(hmm apasai cheq duk cam pengantin tuh..)

Antara kenangan yang lin takkan lupakan, ketika Darjah 2 ni lah lin mula2 menjadi koreografer secara tak sengaja untuk kelab kebudayaan sekolah.. dan tarian pertama yang lin koreograf ialah "Tarian Jong Jong Inai"..Asalnya lin hanya reka untuk suka2 ja dengan kawan2 sekelas..Alih2 cikgu Aishah terrrrrnampak kami tengah 'menggedik' menari kat belakang bangunan sekolah dan minta lin 'bawa' tarian tu pada Hari Penyampaian Hadiah akhir tahun....sweet!!!...Bertitik tolak dari situlah cita2 lin masa tu adalah :
1. CIKGU(form 4 tukaq lain dah!!) 
2.PENARI PROFESSIONAL..hahahhaha...
3. tiap2 tahun tukaq antara PEGUAM @ DOKTOR ...hahahah..


Darjah 4 Biru - Sekolah Rendah Mejar Jeneral Dato Ibrahim(SRMJDI), Kuching, Sarawak (1984)
Standing 3rd from left 
Classmates found in FB(Kharra Ayu, Shazlien Nazliela, Claudine, Nazri & Nik Serene)

Huiiiiiii kenangan lin masa Darjah 4 ni banyak jugak lah...tapi yang paaaaling 'berkesan' masa kami dapat Cikgu baru, Cikgu Mazlan...sukaaaa betuiii....maklumlah hemsem!!...yang buat ingatan kami terhadap cikgu ni bertambah 'melekkkkattt' ialah 'teknik' dia mendenda classmates lelaki kelas lin yang nakal @ bising @ tak buat keje sekolah...Salah satunya...panggil 2 budak lelaki ni (memang nakai abih lah) bagi penyapu ...and lawan 1 to 1 dengan cikgu..so bayangkanlah perlawanan 'pedang' antara guru dan murid..memang teruk mamat tu kena tibai..yang sorang lagi, cikgu lukis di lantai dengan kapur..classmate sorang lagi ni kena jilat kapur tu..hmm..bagi lin darjah 4 ni pengalaman 'berdarjah' yang paling menakutkan..:-} teetaapi my classmates were aalll awesome!!! most of them well-to-do!!! and very successful!!! tahniah kawan2...!! 
Masa ni famous dengan game galah panjang & 'zero point'- main getah...sampai tahap 2 jengkaii tauuu...untuk bebudak laki depa dok main perang2 lam semak belukar tepi belakang sekolah(blok kami belakang sekali)


Darjah 5 Cempaka - Sekolah Menengah Mejar Jeneral Dato Ibrahim, Kuching, Sarawak (1985)
standing 3rd from right


Classmate yang dah dijumpai di FB(Lillian, Noraini, Nanie, Norul Darus, Wan Hassan & Norzalinda)
Kenangan masa darjah 5 ni tak berapa jelas bagi lin..sebab macam bertindih dengan aktiviti2 Darjah 6 (mcm ni pun boleh??..haha)


Darjah 6 Cempaka - Sekolah Rendah Mejar Jeneral Dato Ibrahim, Kuching Sarawak (1986)
sitting 3rd from left


Classmate yang dijumpai di FB (Wan Hassan, Emril, Abang Norazman, Fadzil, Nanie, Rohaida Lillian & Noraini)
Kenangan zaman persekolahan yang saaangat sangat manis adalah pada tahun ini..mungkin kerana lin sangat2 aktif sukan, nari2 & nyanyi2 , kena kejar dengan ustaz, jarum patah ketika suntikan BCG..
Antara kenangan yang takkan lin lupa adalah ketika terpilih menjadi Olahragawati Sekolah 1986..masa ni lin memang gila sukan..lin masuk lompat tinggi, lompat jauh, lumba lari(100m 200m & 4x100m),lontar peluru dan 'uuulahuk'0-(kat sekolah dulu panggil gelung bulat tu macam tu..hihihi) ....I would definitely say that was the best year of my life..no thinking..no troubles no worries..just enjoying life to the fullest!!! yeahhh...



Tingkatan 1D - Sekolah Menengah Sungai Tapang, Sarawak(1987)
sitting 3rd from left
Classmates yang dijumpai (Rohaida)


Antara yang lin ingat tentang sekolah ini ialah kantin dia..rasanya tak sampai 20 orang saja boleh sekali masuk..hehe...lin hanya sempat berada di sekolah ni setahun saja..kemudian unit 10 Renjer dipindahkan ke Kem Tambun Ipoh..Walau bagaimanapun lin mengikut daddy lin 'posting' ke Kem Kementah (MINDEF)...disitulah bermula episod2 baru dalam hidup lin di dua sekolah baru...


Tingkatan 2P2 - Sekolah Menengah Padang Tembak, Kuala Lumpur(1988)
standing 4th from right
Classmates found in FB (Norsudaniah, Zuhaili, Shahrul, Wan Mohd Safuan, Salehuddin, dego(razlin), azmin)




Tingkatan 3P1, Sekolah Menengah Padang Tembak, KL(SMPT Co-ed)(1989)
Sitting 3rd from left
Classmates found in FB (Salawati, Faiza Suhaida, Badrul Hisham, Eddy, Zul, Akta, Nizam, Wan Nurnizam, Shazly, Latib, Arlen, Shannon Lim, Megat, Syed Norismayuddin, Izulin, Palani, Azri, Mie Man-clasmates yg paling ramai dijumpai :-))) 


Banyak juga kenangan manis masa Form 3 ni..lin mula mengenal erti kehidupan pun rasanya masa ni..first time kena rotan dgn cikgu masa perhimpunan pun tahun ni juga hahaha sebab ponteng latihan sukan..'siaaaaaappp 3 rotan kena!!! malunyaaa...kena kejar dgn 'psycho' pun tahun ni juga..:-) ..Itupun banyak sebenarnya cerita2 yang lin lupa..(nyanyuk dah ke cheq ni??) tapi thanks and respect!! to my classmates sebab mereka ingat semua cerita2 tu and share it with me...walau bagaimanapun, disebalik kegembiraan,terpalit juga kesedihan, bila masa kawan lin dari kecil dari sekolah rendah (mendiang Matthew anak Binggam) pergi meninggalkan lin buat selama-lamanya setelah mengalami kemalangan ngeri di Kluang Johor pada tahun 1994(ketika lin di ITM ARAU)..R.I.P my dear friend...Sedih juga terpaksa meninggalkan sekolah ni sebab bonda lin mahu lin mengikut pengajian perakaunan tapi di sekolah SMPT ni takde...by the way, sempat jugalah lin join kelas 4 Sains 2 selama 2 bulan sebelum berpindah ke SM Puteri Titiwangsa(SMPT gak tapi all girls school)..




Tingkatan 4 Prinsip 1, Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa,KL (1990)
Standing 3 row, 9th from left
ZAMAN KEBANGKITAN.. ;-)
Classmates found in FB (Zuraimei French, Noorafidah, Hazlini, Ayu Haslinda, Tan Ai Lee, Cherrie Ho, Haizura, Nazwa Ayu)
Cultural shock juga masa masuk sekolah ni...sebab all-girls school kan...dari kecik sekolah co-ed bila sekali masuk..perghh (masa ni baru betul2 mendalami maksud peribahasa "macam kera dapat belacan" hahaha...ye lah...bila sekolah co-ed...memang kena control ayu aaa...jaga perilaku dan sahsiah diri...tapi bila sekolah perempuan ni...rasa macam donia anaaa yang ponyaaa!!!! kalau masa darjah 6 lin enjoy life to the fullest..kat sini laaagi macam2 'aktiviti' yang lin sekawan enjoy life to the "FULLESTEST"!!!! with my fellow friends Zuraimei, fidah, Haizura & Haziah.. :-)...2 tahun wooo kami me'mafia'kan diri kami ...tapi bukan jadi jahat yaa...nakal sesama sendiri saja...tak kacau orang pun...kalau kacau pun hat 5 orang ni saja..


Tingkatan 5 Prinsip 1, Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa, KL (SMPT Girls)(1991)
Standing 2nd from right(awat pendek lak!!)
Bagi lin berada di Tingkatan 4 dan 5 takdak beza...sama "pe'el", sama perangai, rasa macam banyak main plak masa Form 5 ni...tak pernah serious (kantoi!!)..
Antara kenangan yang 'terindah' :
1. Guru Perdagangan denda lin berdiri atas MEJA(bukan kerusi ya) akibat 'usha' abang polis meronda naik kuda kat Taman Tasik Titiwangsa(kelas lin betul2 menghadap Tasik Titiwangsa..hehe)

2. Guru Perdagangan denda lin berdiri atas kerusi sebab cikgu tengah mengajar kat depan...lin tulis lirik lagu NKOTB bawah meja..hmm(padahal cikgu dah pindahkan tempat duduk lin betul2 depan meja cikgu...siap bersambung lagi meja lin dengan meja cikgu..hahaha)

3. Cikgu denda lin berdiri atas kerusi lagi sebab menyanyi dalam kelas (mahu tak...di setiap pelusuk Taman Tasik tu diletakkan tiang2 'speaker' dan lagu2 sentiasa berkumandang..dah la salah satu speaker tu menghadap blok kelas lin...agak2 sapa yang salah..lin ka? atau pihak pengurusan tasik tu? ...hmmm 

4. Cikgu denda lin diri atas kerusi/meja sebab dok tahan gelak...bila nak tahan gelak...badan berhenjut2 kan..muka merah padam...mau cikgu tak perasan tetiba lin sorang bertukar kaler..adehh..(sebenarnya lin tak pasti sama ada selalunya lin sorang2 diri atas kerusi atau rakan2 kongsi lin pun kena sekali..:-D

Sekalipun lin agak nakal di sekolah...lin tak pernah melanggar peraturan sekolah, tak pernah lupa buat kerja sekolah dan tak pernah lupa mengulangkaji di rumah..lin juga sangat2 aktif dalam sukan..Alhamdulillah lin dapat keputusan SPM yang lin sendiripun tak jangka dan permohonan untuk mengikuti pengajian Perakaunan di ITM diterima...aminn...

P/S : Hanya gambar kelas ketika Darjah 3 sahaja tiada dalam simpanan lin...mungkin sebab lin masih tak jumpa rakan sekelas lin pada tahun ini (1983)











serba sedikit tentang cheq..sket2 dah la naaa...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...Sebagai mukadimah, pembuka bicara blog yang serba kekurangan ni...izinkan cheq(saya dlm slanga PENANG) perkenalkan diri cheq melalui 'kronologi2' sepanjang kehidupan cheq selama 36(belum 37 yaaa...haha) tahun ni..dari seawal usia setahun cheq telah merantau satu Malaysia dan telah menetap di beberapa negeri di seluruh Malaysia (kecuali Pahang, Kelantan & Terengganu) kerana mengikuti ayahanda tersayang sebagai pegawai Tentera Darat (Unit Rejimen Renjer Diraja-RRD)...nama pun anak askar jadi hidup pun berpindah randah lah...dari Taiping - Ipoh - Sabah - Melaka - Johor - KL - Sarawak - Ipoh & KL...sehinggalah sekarang lin sudah menetap di Pulau Pinang setelah berkahwin dengan mamu tanjung...hehe..


Sebelum lin teruskan...ingin lin memohon ampun dan maaf kerana menggunakan bahasa-bahasa slanga dalam penceritaan lin...Sebabnya lin mahukan suasana yang ceria, relaks dan santai buat sahabat2 lin yang sudi berkongsi pengalaman dan cerita2 lin..


berikut sedikit sebanyak sejarah tentang diri cheq... :-)..


Cheq dilahirkan pada 29hb Mac 1974 di Hospital Taiping, Perak..gambaq ni masa umoq cheq 6 bulan (1974)...gambaq ni selepas satu pertandingan bayi di Ipoh...lepas pindah randah dari negeri ke negeri...hilang dah tiara tu..:-)




di Ipoh, Perak (1974)


me wearing daddy's beret in Ipoh (1977)

berumur 5 tahun di Tawau, Sabah (1979)


Masih di Tawau, Sabah (1979) bersama the one & only brother, Megat Farril..antara kenangan yang lin tak boleh lupa...ketika kami tengah bermain beramai2 di padang depan rumah...sekumpulan anjing liar datang menyerang kami...lin tarik tangan adik lin...entah macamana dia lari lambat kot....lin boleh tinggai dia dan selamatkan diri sendiri lari ke rumah kawan mummy...adik lin kena gigit dgn anjing liar tu...tapi  nasib baik kawan2 daddy dan mummy ada sekitar kawasan tu halau anjing2 tu ...apa lagi...lepas settle tu 'piaaaaappppp' 'siaaaaaap' 'praaaaap' (bunyi-bunyian dari sejenis rotan yang hinggap ke kaki) berbirat2 dan 'bertatto2 sementaralah' kaki cheq...kesiannn adik cheq....kesiannn gak kat cheq...nak buat macamana..baru berumur 5 tahun...hehehe..hmm lepas  tu lin tak ingatlah apa jadi...hmm  


ketika berumur 17 tahun (1991) bersama adik ketika perasmian Sunway Lagoon tak silap..muka kami telah diconteng2 dan dilukis2 oleh mummy...tapi jangan salah anggap ya...yang ni bukan menconteng arang ke muka yaaa.... :-D..kalau kawan2 perasan di tangan kiri lin tu antara handphone NOKIA pertama yang dikeluarkan..no handphone bermula dengan 010 hehehe...punya berat...nak buh dalam beg pun tak muat...so kemana2 pegang je lah...eh dulu bangga ooo kalau dapat pegang ja pun...maklumlah handphone pertama walaupun sekadar pinjaman (daddy punya)!!! hahaha


di Prince of Songkhla University, Songkhla ketika mewakili ITM dalam pertandingan sukan bola tampar (IMT-GT) ke 2..uiiii mak aiiii kuruihnya cheq tang niii....:-O

To cut the story short...sebelum kawan2 lin tertidoq terlentuk2 boring...gambar ni ketika lin berumur 22 tahun di tahun terakhir pengajian di ITM Arau, Perlis (1996)

Beginilah serba sedikit tentang diri lin...cerita dari tahun ke tahun secara 'detail' akan lin ceritakan kemudian2 ya....Thank you...Wassalam..