Sebelum lin teruskan...ingin lin memohon ampun dan maaf kerana menggunakan bahasa-bahasa slanga dalam penceritaan lin...Sebabnya lin mahukan suasana yang ceria, relaks dan santai buat sahabat2 lin yang sudi berkongsi pengalaman dan cerita2 lin..
berikut sedikit sebanyak sejarah tentang diri cheq... :-)..
Cheq dilahirkan pada 29hb Mac 1974 di Hospital Taiping, Perak..gambaq ni masa umoq cheq 6 bulan (1974)...gambaq ni selepas satu pertandingan bayi di Ipoh...lepas pindah randah dari negeri ke negeri...hilang dah tiara tu..:-)
berumur 5 tahun di Tawau, Sabah (1979)
Masih di Tawau, Sabah (1979) bersama the one & only brother, Megat Farril..antara kenangan yang lin tak boleh lupa...ketika kami tengah bermain beramai2 di padang depan rumah...sekumpulan anjing liar datang menyerang kami...lin tarik tangan adik lin...entah macamana dia lari lambat kot....lin boleh tinggai dia dan selamatkan diri sendiri lari ke rumah kawan mummy...adik lin kena gigit dgn anjing liar tu...tapi nasib baik kawan2 daddy dan mummy ada sekitar kawasan tu halau anjing2 tu ...apa lagi...lepas settle tu 'piaaaaappppp' 'siaaaaaap' 'praaaaap' (bunyi-bunyian dari sejenis rotan yang hinggap ke kaki) berbirat2 dan 'bertatto2 sementaralah' kaki cheq...kesiannn adik cheq....kesiannn gak kat cheq...nak buat macamana..baru berumur 5 tahun...hehehe..hmm lepas tu lin tak ingatlah apa jadi...hmm
ketika berumur 17 tahun (1991) bersama adik ketika perasmian Sunway Lagoon tak silap..muka kami telah diconteng2 dan dilukis2 oleh mummy...tapi jangan salah anggap ya...yang ni bukan menconteng arang ke muka yaaa.... :-D..kalau kawan2 perasan di tangan kiri lin tu antara handphone NOKIA pertama yang dikeluarkan..no handphone bermula dengan 010 hehehe...punya berat...nak buh dalam beg pun tak muat...so kemana2 pegang je lah...eh dulu bangga ooo kalau dapat pegang ja pun...maklumlah handphone pertama walaupun sekadar pinjaman (daddy punya)!!! hahaha
di Prince of Songkhla University, Songkhla ketika mewakili ITM dalam pertandingan sukan bola tampar (IMT-GT) ke 2..uiiii mak aiiii kuruihnya cheq tang niii....:-O
To cut the story short...sebelum kawan2 lin tertidoq terlentuk2 boring...gambar ni ketika lin berumur 22 tahun di tahun terakhir pengajian di ITM Arau, Perlis (1996)
Beginilah serba sedikit tentang diri lin...cerita dari tahun ke tahun secara 'detail' akan lin ceritakan kemudian2 ya....Thank you...Wassalam..
Angah.....sukalah crita ni. upload lagi ye...
ReplyDeleteucu thank you ucu!!!!!!!
ReplyDeleteok atas semangat along, acik, alang & ucu...angah post lagi nanti yeeeee
Hi Mama .. hehehe .
ReplyDelete